Artikel kali ini bertujuan memberi pencerahan berkenaan syarat dan cara untuk seseorang individu mengeluarkan simpanan wang KWSP bagi membiayai kos-kos yang terlibat dalam pembelian rumah kediaman. Pembiayaan perumahan hanya boleh dikeluarkan bagi Akaun 2 setiap individu yang mencarum dengan KWSP. Kami akan memberikan penerangan berkenaan syarat-syarat Pengeluaran, dokumen-dokumen yang diperlukan dan juga jumlah amaun yang dihadkan untuk sesuatu pengeluaran:-

????SYARAT PENGELUARAN

1) Warganegara Malaysia

2) Belum capai umur 55 tahun

3) Hartanah kediaman sahaja (Pembelian lot kedai atau bangunan perniagaan tidak dibenarkan)

4) Bukan Warganegara Malaysia:

-Ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998

-Mendapat status Penduduk tetap (PR) Malaysia

5) Permohonan dalam masa 3 tahun Selepas Tanda tangan Perjanjian Jual Beli.

????DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1) (1) Salinan Asal dan (1) salinan yang diakui sah oleh Peguam Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani dan disetemkan

2) Salinan Carian persendirian hartanah yang diakui sah oleh Peguam

3) Salinan Asal Surat Tawaran Pembiayaan (Pembelian melalui Pembiayaan Bank)

4) Salinan Surat Pengesahan Pemaju yang diakui sah oleh Peguam (jika melibatkan hartanah yang belum dikeluarkan Geran/Strata)

5) Salinan Surat Kebenaran pindahmilik dan gadaian (jika hartanah mempunyai sekatan kepentingan)

????AMAUN YANG DIHADKAN PENGELUARAN

Pihak KWSP menetapkan had jumlah bagi sesuatu pengeluaran wang di akaun 2 dan kiraannya adalah seperti berikut :

HARGA JUAL BELI – JUMLAH PEMBIAYAAN PERUMAHAN DILULUSKAN OLEH PIHAK BANK + 10% DEPOSIT

Contoh :-

RM300,000 (Harga jual beli) – RM270,000 (Pembiayaan diluluskan) = RM30,000

RM30,000 + RM30,000 (deposit 10%) = RM60,000

Oleh itu,berdasarkan contoh pengiraan di atas, Pencarum dibenarkan untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP sebanyak RM60,000.

Persoalannya, adakah Pencarum yang telah mengeluarkan wang KWSP bagi membiayai pembelianrumah pertama dibenarkan untuk membuat pengeluaran bagi rumah kedua? 

Jawapannya boleh DENGAN SYARAT rumah pertama telah dijual dan Pencarum perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut semasa hendak membuat pengeluaran Pembiayaan rumah kedua:-

1) Salinan geran/strata bagi rumah pertama tersebut yang telah dipindahmilik kepada nama Pembeli yang baru atau salinan cukai pintu yang ditukar nama kepada nama Pembeli Baru;

2) Salinan Perjanjian Jual beli rumah pertama yang telah dijual kepada Pembeli Baru

Oleh itu, Pencarum-pencarum boleh merujuk kepada pihak KWSP terlebih dahulu atau peguam-peguam sebelum merancang untuk membuat pengeluaran KWSP oleh kerana terdapat syarat-syarat khas yang ditetapkan oleh pihak KWSP bagi setiap situasi Jual Beli rumah . Sekadar ini sahaja Perkongsian kali ini semoga ianya bermanfaat kepada anda semua.