LPPSA atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam adalah badan berkanun yang dibentuk khas untuk menyediakan pembiayaan perumahan kepada kakitangan sektor awam. Jika anda merupakan seorang kakitangan sektor awam, anda harus mengambil kesempatan dan memanfaatkan kelebihan yang diberikan oleh kerajaan ini. Untuk memohon pembiayaan LPPSA ini, terdapat beberapa syarat kelayakan dan prosedur permohonan yang perlu dipenuhi. Perkara pertama yang perlu dilakukan sebelum suatu permohonan dibuat adalah menyemak syarat kelayakan pemohon terlebih dahulu.

SIAPAKAH PEMOHON YANG LAYAK MEMOHON PEMBIAYAAN LPPSA?

Pemohon yang layak adalah mereka yang memenuhi syarat-syarat asas di bawah: 

1) Warganegara Malaysia.

2) Sedang berkhidmat & berjawatan tetap dalam kerajaan persekutuan / kerjaan negeri / badan

berkanun / pihak berkuasa tempatan.

3) Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun.

4) Telah disahkan ke dalam jawatan tetap.

5) Tidak bankrap / digantung kerja / ditahan kerja / dalam tindakan tatatertib dengan tujuan

buang kerja

6) Terima permohonan sebelum bersara atau tamat perkhidmatan bagi skim pencen dan

pencaruman KWSP.

7) Diwajibkan mengambil pelindungan insurans / Takaful ke atas peminjam / hartanah.

Seterusnya, perkara kedua yang perlu dipastikan adalah amaun kelayakan pembiayaan yang layak dipinjam oleh pemohon.

BERAPAKAH AMAUN KELAYAKAN YANG LAYAK DIPINJAM PEMOHON? & BAGAIMANA PENGIRAAN HAD KELAYAKAN JUMLAH PEMBIAYAAN BOLEH DIBUAT?

Jadual kelayakan di bawah merupakan panduan secara umum yang disediakan oleh pihak LPPSA bagi menyemak kelayakan maksimum jumlah pembiayaan yang boleh dipohon oleh peminjam. 

Nota: 

i) ‘Pendapatan Bersih’ bermaksud jumlah gaji pokok dan elaun tetap ditolak dengan potongan wajib yang diambilkira oleh Lembaga. 

ii) ‘Elaun tetap’ bermaksud elaun yang diterima oleh pemohon dan diambilkira oleh Lembaga iaitu: 

a. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)/ Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau yang setara dengannya; dan 

b. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)/ Imbuhan Tetap Keraian (ITK) atau yang setara dengannya; dan 

c. Bantuan Sara Hidup (COLA)/ Bayaran Insentif Wilayah (BIW) atau yang setara dengannya; dan 

d. Imbuhan Tetap Jawatan Utama (ITJU); dan 

e. Elaun Memangku. Garis Panduan Pembiayaan Perumahan LPPSA Bil.1/2019 55 

iii) Jadual Kelayakan di atas tidak terpakai kepada kumpulan berikut: 

a. Anggota pentadbiran persekutuan – Tertakluk kepada Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.

b. Anggota pentadbiran Negeri dan ahli Dewan Undangan Negeri – Tertakluk kepada keputusan Jemaah Menteri dari masa ke semasa.

c. Hakim Mahkamah Persekutuan/ Rayuan/ Tinggi – Tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971. 

iii) Jadual kelayakan ini hanya sebagai rujukan dan had kelayakan pembiayaan sebenar adalah seperti yang 

diluluskan oleh LPPSA.

Perlu diketahui bahawa anda layak untuk menikmati dua kali pembiayaan samaada memilih skim pembiayaan secara Konvensional atau Islamik bagi pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk kepada syarat-syarat di bawah. Walaubagaimanapun, pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat pembiayaan pertama diselesaikan terlebih dahulu.

• Pembiayaan Pertama: Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

• Pembiayaan Kedua: Ansuran bulanan tidak melebihi 50% daripada gaji pokok dan elaun tetap, dan jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih. Gaji bersih untuk semua peminjam sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Anggaran jumlah maksimum pembiayaan boleh dikira secara terperinci menggunakan kalkulator pengiraan kelayakan di laman sesawang LPPSA dengan memasukkan butiran pemohon, butiran hartanah serta amaun yang dimohon. 

Perlu diambil maklum juga amaun pembiayaan yang diluluskan adalah tertakluk kepada amaun yang terendah di antara berikut:

a. harga hartanah;

b. penilaian JPPH;

c. amaun yang dimohon; atau

d. kelayakan maksimum pemohon.

JENIS-JENIS PEMBIAYAAN LPPSA

Sebelum membuat permohonan, anda seharusnya mengenal pasti terlebih dahulu jenis rumah yang ingin dibeli kerana syarat pembiayaan yang ditawarkan serta dokumen yang diperlukan adalah berbeza mengikut jenis pembiayaan. Pemilihan jenis pembiayaan yang tepat akan memudahkan proses dokumentasi permohonan. Senarai dokumen permohonan yang diperlukan bagi setiap jenis pembiayaan boleh dirujuk di laman sesawang LPPSA. Namun, anda tidak perlu khawatir kerana peguam panel LPPSA yang dilantik bagi menguruskan dokumentasi pinjaman akan turut sama membantu dalam penyediaan dokumen permohonan mengikut jenis pembiayaan yang terlibat. 

Terdapat tujuh jenis pembiayaan yang ditawarkan LPPSA:

1) Jenis 1 – Pembelian rumah kediaman yang telah siap

2) Jenis 2 – Membina rumah di atas tanah sendiri 

3) Jenis 3 – Pembelian rumah kediaman yang sedang dibina

4) Jenis 4 – Membeli tanah untuk tujuan membina rumah

5) Jenis 5 – Menyelesaikan hutang pinjaman perumahan dengan bank/institusi kewangan

6) Jenis 6 – Membina rumah kediaman di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan) atau LPPSA

7) Jenis 7 – Membuat kerja ubah suai rumah/petak rumah kediaman

Walaupun setiap jenis pembiayaan mempunyai senarai dokumen yang berbeza tetapi terdapat juga dokumen asas yang diperlukan di dalam semua jenis permohonan sebagaimana jadual di bawah:

SENARAI DOKUMEN ASAS UNTUK SEMUA JENIS PERMOHONAN

1. Dua (2) salinan kad pengenalan (MyKad) yang disahkan oleh Ketua Jabatan.

2. Slip Gaji Asal / e-Penyata Gaji (dalam lingkungan tiga (3) bulan terkini dari tarikh penerimaan dokumen di LPPSA) yang disahkan oleh Ketua Jabatan.

3. Surat iringan Ketua Jabatan. 

Nota: 

i. Salinan Surat Pengesahan Jawatan Berpencen (sekiranya slip gaji masih terdapat potongan KWSP). 

ii. Bagi tujuan pengesahan agensi kelayakan, perlu dikepilkan Borang Pengesahan Kelayakan Agensi yang boleh dimuat turun di laman web LPPSA (www.lppsa.gov.my) di bahagian Borang Kegunaan Peminjam.

4. Borang Permohonan Pembiayaan yang disahkan oleh Ketua Jabatan termasuk: 

i. Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful, 

ii. Borang 2 – Surat persetujuan menyelesaikan baki hutang pembiayaan perumahan serta faedah / keuntungan dari gaji, apa-apa faedah persaraan dan terimaan daripada Kerajaan.

5. Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan yang didaftarkan di Malaysia. 

Nota: Bagi pinjaman / pembiayaan bersama suami dan isteri.

Salinan Sijil Kelahiran Anak. Nota: Bagi pembiayaan bersama ibu / bapa dan anak-anak dalam satu Perjanjian Jual Beli.

6. Carian Rasmi/ Carian Persendirian atau Salinan Hak Milik.

7. Sebutharga Yuran Guaman bagi kos dokumentasi pembiayaan mengikut format LPPSA. Nota: Bagi pemohon yang ingin memasukkan Yuran Guaman ke dalam jumlah pembiayaan.